Sekadar untuk renungan bersama.
KEKAYAAN, semua orang mempunyai impian untuk memiliki kehidupan yang sempurna, mempunyai segala apa yang diimpikan dan ingin menjadi kaya, ada yang bermimpi atau berkhayal untuk menjadi kaya dalam sekelip mata contohnya memperolehi wang yang banyak hasil dari “menang lottery @ nombor ekor” atau pun “mewarisi harta @ wang” yang banyak serta bermacam-macam lagi jalan yang anda rasakan merupakan jalan pintas untuk menuju kekayaan, sekiranya impian ini yang anda harapkan dari nota ini maka “nota” ini bukanlah untuk anda.
Nota ini bukanlah nota atau panduan untuk anda menjadi kaya dengan cepat atau sekelip mata, nota ini hanyalah merupakan satu panduan atau motivasi diri serta tip-tip berguna dari pengalaman hidup “Jutawan-Jutawan Terkemuka” masa kini, dari tip-tip yang dinotakan ini adalah terpulang pada budi bicara anda sendiri samada anda ingin mengikut panduan ini atau tidak.
Nota ini telah dipadatkan isinya agar mudah untuk anda memahaminya, saya tahu ramai dari anda yang “kurang rajin” untuk membaca buku-buku yang tebal isinya (dulu saya pun sama) , oleh itu saya telah meringkaskannya seringkas yang boleh.
Nota ini mungkin memberi “impak” atau “kesan” secara langsung atau tidak langsung pada anda semua yang membacanya serta mengamalkannya (nota ini memberi kesan pada saya dan Insyaallah anda juga) dan mudah-mudahan juga akan membuka minda anda semua lebih luas serta memberi inspirasi baru dan dapat membantu memotivasikan diri anda menuju kejayaan yang lebih gemilang.
Adalah perlu anda tanamkan dalam diri anda bahawa :- KEKAYAAN juga melibatkan keseimbangan dalam hidup dan yang “pentingnya” perlu anda ketahui ia adalah “SATU PERJALANAN DALAM HIDUP & BUKANNYA SATU PERHENTIAN”.
Selamat membaca kepada anda semua dan saya amat-amat berharap agar “nota” ini akan dapat membantu anda dalam merealisasikan impian hidup anda. Sekian Terima Kasih.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
PANDUAN SATU
1- Melaburlah Kedalam Diri Anda Sendiri.
Apa yang dimaksudkan disini adalah “PENDIDIKAN” ,samada anda melanjutkan pendidikan dgn memdapatkan sijil atau ijazah,membaca buku,jurnal,mendengar motivasi dan sebagainya atau dalam erti kata lain :- anda memperbaiki diri anda dalam segenap aspek. Sekurang-kurangnya dengan ilmu yang anda ada akan memudahkan anda membuat pertimbangan yang lebih bijak dan tidak mudah ditipu.
– Itulah pelaburan terbaik yang anda akan buat dalam hidup anda. – Sekiranya anda tidak mahu melabur dalam diri anda sendiri,mengapa pula orang lain perlu melakukannya ke atas anda.
2- Kebijaksanaan Menabung.
“SIMPAN SEBAHAGIAN DARIPADA PENDAPATAN ANDA”.
Sebagai contoh :- 10% adalah untuk simpanan & 90% adalah untuk anda berbelanja.
3- Kategorikan Perbelanjaan Anda.
Asas :- Cth :- Makanan , Tempat Tinggal & Pakaian.
Perlu :- Cth :- Motorsikal / Kereta dsbnya ( Utk Kemudahan )
Mewah :- Cth :- Makan Angin, Membeli Hadiah ( Barangan Mahal )
Membazir :- Cth :- Mengubahsuai kenderaan seperti tukar enjin dsbnya.
4- Berhenti Memberikan & Menerima Nasihat Kewangan Percuma.
Orang yang kaya @bakal menjadi kaya adalah dengan mendengar nasihat orang yang pakar didalam bidangnya (Profesional DIBAYAR), orang yang memberi & menerima nasihat kewangan percuma selalunya tidak kemana-mana.
5-Jangan Memperlekehkan (Memandang Rendah) Orang Lain.
Jangan memandang rendah orang lain, mungkin suatu hari nanti orang itu kedudukannnya akan lebih tinggi dan lebih baik dari anda, ada sesuatu yang boleh anda pelajari.
6-Ciptalah Sesuatu Kelainan.
Janganlah bertelagah untuk mencari penyelesaian tetapi berbincanglah secara baik untuk mencari penyelesaiaan,fikiran yang positif selalunya membuahkan hasil.
7-Persediaan Yang Mencukupi.
Apakah yang dimaksudkan dengan persediaan yang mencukupi, ramai daripada kita yang mendengar bahawa sesuatu pelaburan itu bagus dan sebagainya tetapi mengapa pula ramai yang terlingkup disebabkan oleh pelaburan yang telah dibuat?, Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah :- jika anda ingin membuat sesuatu pelaburan,pastikan anda mempunyai simpanan “Extra” sekurang-kurangnya untuk menghadapi kehidupan normal anda selama 3 bulan. Dalam erti kata yang lain adalah simpanan kewangan yang mencukupi.
8-Hukum Penawaran Dan Permintaan.
Sebagaimana dalam dunia ekonomi, ada permintaan maka ada penawaran, lebih tinggi permintaan maka tinggi juga harga penawaran. Jika anda dapat memahami konsep ini maka anda layak berada dalam dunia perniagaan.
9-Jujur
Jika anda adalah seorang peniaga dan mahu terus kekal dalam jangka masa panjang,peraturan pertama adalah jujur:- hormati perjanjian yang telah anda buat dan tunaikan janji anda.-Tiada Kompromi.
10-Pengorbanan
Untuk mencapai kejayaan dan menjadi kaya, anda harus bersedia untuk berkorban. Setiap dari kita ada mempunyai masalah tersendiri dan bebanan dan sudah tentu bukan mudah untuk mengatasinya tetapi jika kita hendak mencapai cita-cita kita ianya memerlukan anda untuk melakukan segala-galanya, kebanyakan orang gagal mencapai impian kerana mereka tidak bersedia untuk melakukan pengorbanan.
XXXXX mahu tahu lagi ??????......Beri komen anda untuk saya tulis yang seterusnya............